Wednesday 17 August 2011

Cabaran besar buat Cesc Fabregas

 PROFIL:

NAMA PENUH: Cesc Fabregas
TARIKH LAHIR: 4 Mei 1987 (24 tahun)
TEMPAT LAHIR: Vilassar de Mar, Sepanyol
TINGGI: 1.75 m
POSISI: Tengah
KELAB: Barcelona
KELAB TERDAHULU: Arsenal


                                                                      pix_middle



BINTANG Sepanyol, Cesc Fabregas (gambar)mengakui bahawa dia menempuhi cabaran terhebat sepanjang kariernya selepas menyempurnakan proses perpindahan yang panjang dari Arsenal ke kelab yang dianggap sebagai ‘rumahnya’, Barcelona.
Pemenang Piala Dunia berusia 24 tahun itu yang dibeli juara Eropah, Barca pada harga 29 juta euro (RM124.4 juta) menandatangani kontrak selama lima tahun berkata beban yang tergalas di bahunya akibat perbinca-ngan sehingga lebih setahun kini hilang.
“Ya, ada harinya memang sukar,” kata Fabregas, yang meninggalkan Barcelona lapan tahun lalu selepas melakar karier gemilang pada usia remaja bersama Lionel Messi.

“Hari ini (Isnin) saya rasakan beban yang berat kini terlepas daripada bahu saya.


“Begitupun pada masa sama, ia tidaklah begitu menyakitkan. Saya tidak bimbangkan mengenai masa depan saya, kerana saya sudah pun membuat keputusan mengenainya,” katanya.

Fabregas yang menjulang satu-satunya trofi bersama Arsenal iaitu Piala FA 2005 berkata dia menganggap berada di landasan tepat dalam kariernya dengan menyertai Barcelona.

“Dua atau tiga tahun lalu, saya tidak bersedia tetapi kini, ya.

“Saya menerima banyak tawaran dan saya memilih yang paling sukar tetapi juga memberikan kepuasan.

“Saya sedar, saya mengambil cabaran terbesar dalam hidup. Saya akan bersaing dengan pemain terbaik dunia dan sesetengah penyokong Barcelona mungkin tidak memaafkan saya kerana meninggalkan mereka ketika remaja dan mahukan saya memberikan usaha berganda.

“Bagaimanapun saya di sini untuk memberikan segala-galanya. Saya tidak mahu mengecewakan sesiapa,” katanya.

Timbalan pengerusi Barcelona, Josep Maria Bartomeu mengesahkan yuran sejumlah 29 juta euro tetapi tertakluk kepada bayaran tambahan sekiranya perlu.

“Malah, jika kami menang liga sebanyak dua kali dan Liga Juara-Juara sekali dalam tempoh lima musim berikutnya, Arsenal akan menerima bonus 5 juta euro (RM21.4 juta), 2 juta euro untuk setiap kemenangan liga dan 1 untuk Liga Juara-Juara,” katanya ketika sidang media bersama Fabregas.

“Selain itu, lima tahun selepas itu, kelab itu akan membayar 1 juta euro (RM4.29 juta) kepada Arsenal, bagi pihak Cesc,” katanya yang turut menge-sahkan pemain itu menerima bayaran lebih rendah ketika bersama kelab Sepanyol itu.

Fabregas sebelum itu muncul di depan 35,000 pe-nyokong di stadium Nou Camp selepas lulus ujian perubatan dan menandatangani kontrak itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pe-nyokong. Saya sudah menanti setiap hari, bulan dan tahun untuk hari ini. Ia hari yang sungguh istimewa, kembali ke sini selepas lapan tahun. Saya berada di sini untuk berdepan cabaran paling hebat dalam hidup saya,” katanya.

Arsenal mengumumkan Ahad lalu bahawa mereka sudah pun bersetuju menyempurnakan proses perpindahan Fabregas.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menegaskan terpaksa melepaskan Fabregas kerana kapten itu tidak lagi komited bersama Gunners.

Wenger memaksa Fabregas untuk berada di kelab Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi persembahan hambarnya menggambarkan rasa tidak puas hati dan pengurus kelahiran Perancis itu tidak bertolak ansur mengenainya musim ini.

“Ya, kami kehilangan pemain bertaraf dunia dan bersedih kerananya. Kami cuba menahannya tetapi akhirnya kami perlu menghormati kehendak pemain,” katanya.


Sumber:
http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment