Monday 15 August 2011

Baddrol Bakhtiar ke Wigan Athletic ???












 Badrol Bakhtiar 2






Kelab BPL, Wigan Athletic telah membuat tawaran percubaan mengejutkan buat Baddrol Bakhtiar. Pemain Bola Sepak Malaysia itu yang kini bermain untuk Kedah FA telah menunjukkan kecemerlangan dalam tahun – tahun kebelakangan ini dalam Liga Super Malaysia. Beliau akan mendapat peluang satu tempoh percubaan di Wigan.
Badrol Bakhtiar yang begitu dikenali di tanah air kini telah menarik minat kelab tersebut. Pemain sayap yang juga boleh beraksi di posisi serangan dikenali kerana kepantasan dan kebolehan menggelecek beliau.
Badrol yang cuba dihubungi berkata beliau masih belum menerima apa – apa tawaran secara rasmi dari kelab tersebut akan tetapi beliau ada juga mendengar tentang perkhabaran ini. Apapun, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara ini sebelum mendapat tawaran rasmi dari kelab itu kerana misinya sekarang adalah ingin fokus terhadap Piala Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Tambah lagi, Badrol Bakhtiar yang telah menghabiskan masa yang agak lama di England dengan beraksi bersama Chelsea di Stamford Bridge selama dua minggu tampak sudah biasa dengan standard bolasepak yang diperlukan dalam Liga Perdana Barclays.
Difahamkan bahawa Badrol Bakhtiar kini sedang dipertimbangkan oleh Wigan kerana mereka menganggap peluang pemasaran di Malaysia adalah pasaran yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar bagi jenama Liga Perdana Barclays.


Untuk Mengetahui Lebih Lanjut: http://melayukini.net/2011/08/badrol-bakhtiar-pemain-kedah-akan-sertai-wigan-athletic-di-barclays-premier-league/#ixzz1V6qW8cAQ

No comments:

Post a Comment