Monday 15 August 2011

TEKNIK SHUTTER SPEED PERLAHAN


Menggunakan Shutter Speed (SS) perlahan adalah sesuatu yang menarik jika anda telah mahir. . Pada anda yang baru berjinak dengan kamera SLR penggunaan SS perlahan jarang digunakan. Malahan ada yang takut untuk menyentuh dan mengubah butang SS. Kalau ada yang menggunakan cuma SS 1/60 sahaja.



Sebenarnya menggunakan SS perlahan bermula dari 1/8 hingga 1/60 harus diamalkan oleh karyawan foto. Disini anda akan menghasilkan gambar untuk memberi kepuasan pada diri anda dalam berkarya. Gambar yang dihasilkan menerusi SS perlahan begitu menarik bila mana adunan cahaya dan warna akan memberikan kesan yang tajam, kontras.



Suasana bagaimana yang perlu anda gunakan SS perlahan?



Antaranya ialah:



A.Gambar air terjun agar kelihatan seperti kapas.pemandangan malam di bandar, kampung. Sunsite, Sunrise









Pilih tempat air terjun yang anda minat. Pastikan ianya boleh memberikan kesan ketenangan pada orang yang menatapnya.
Paling menarik kawasan air terjun itu disimbahi cahaya yang minimum agar kesan SS boleh diperolehi bawah dari 1/60. Ini bermakna adalah lebih baik menggunakan SS 1/15 - 1/4.
Penggunaan Aperture yang kecil amat baik agar kesan sekitar air terjun nampak tajam. Umpamanya batu-batu di sungai, pokok-pokok atau bunga akan jelas kelihatan. Lagi pun jika menggunakan fstop kecil tone warna akan memberikan kepuasan pada anda
Jika menggunakan SS perlahan, alat yang paling mustahak digunakan ialah Tripod agar kamera tidak bergoyang.Gunakan Cable Reales untuk menekan shutter. Jika tidak, anda boleh menggunakan Self Timer dengan jarak masa 10 saat.



Air terjun kelihatan seperti kapas dengan menggunakan Shutter Speed perlahan




B. Pemandangan malam ( cahaya perlahan )



Pernahkah anda melihat gambar KLCC, Menara KL di rakam pada waktu malam? Anda juga boleh membuat rakaman seumpama itu. Caranya dengan menggunakan SS perlahan. Paling mudah jika bangunan yang saya maksudkan itu diterangi dengan cahaya yang kuat.



Pilih sudut yang anda fikir menarik, gunakan fstop yang kecil. Cari exposer yang agak perlahan. Hasilnya gambar akan dihasilkan itu menarik dengan adunan warna, cahaya aslinya. Pada anda yang memiliki filter kesan sampingan seperti star filter, anda boleh menggunakannya untuk memberi kesan yang lebih baik.



Satu lagi teknik ialah dengan menyimbah cahaya flash ke kawasan yang hendak dirakamkan. Caranya ialah dengan menggunakan SS 1/B dan fstop 22. Semasa masih belum berhenti, tekan butang pilot lamp untuk mengeluarkan cahaya flash. Tekan lebih kurang tiga atau empat kali.









Penggunaan Shutter Speed perlahan pada objek tidak bergerak boleh membantu
menghasilkan gambar lebih kontras kerana menggunakan fstop yang kecil






Sebagai tambahan jika anda berada pada suasana lain umpamanya merakamkan gambar di dalam dewan, atau persembahan teater anda boleh juga menggunakan teknik SS perlahan agar kesan cahaya pada persembahan tersebut akan terhasil. Merakam persembahan teater, penonton tidak dibenar menggunakan flash, kerana pengarahnya tidak mahu suasana persembahan teater terjejas. Saya mencadangkan anda menggunakan SS 1/30 dan 1/60 sahaja kerana jika lebih perlahan, gambar anda mungkin memberikan kesan pergerakan pelakon agak berlebihan. Namun dalam suasana begini anda boleh juga menggunakan ISO tinggi dengan menghasilkan SS agak tinggi.














Sumber : http://www.alamsenifoto.com

No comments:

Post a Comment